piacomel
5 tahun
Ketulan di leher 5cm
Bengkak baru 10 hari. Selepas mkn augmentine 7 hari dah surut tp smlm check klinik sebesar 5cm. Dr refer to see haematologist
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala benjolan pada leher anda boleh disebabkan beberapa faktor yang memerlukan siasatan susulan seperti:
- Bangkak no limfa - akibat jangkitan kuman, atau limfoma (kanser darah putih)
- Kista (cyst) kulit seperti “sebaceous cyst” atau “thyroglossal cyst”
- “lipoma” iaitu gumpalan tisu lemak
- Jika di tengah tekak, ia boleh jadi bengkak kalenjar tiroid akibat hipertiroid atau hipotiroid
- Jika di tepi leher dan berdenyut, ia boleh jadi aneurisma karotid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda dinasihatkan untuk mengikuti pemeriksaan yang akan dibuat selepas ini bagi mengenalpasti dengan lebih lanjut punca benjolan yang terdapat pada leher anda. Sekian.

































