
Sulit
5 tahun
Ketulan di payudara kanak-kanak
Hi DR…sy ada anak perempuan berumur 5 tahun…sy baru perasan ade ketulan di payudara belah kiri…bila di tekan…dia kata sakit…sy juga check di bahagian bawah lengan tp tiada ketulan…perlu ke sy berjumpe DR…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, anda perlu membawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor agar pemeriksaan fizikal dapat dilakukan untuk mengelakkan masalah yang boleh timbul seperti:
- Lipoma
- Papilloma
- Mastitis
- Ketulan benigna
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.