
Sulit
5 tahun
Ketulan di payudara kanak2
Hi DR…sy ingin bertanya…sy ada anak perempuan yang berumur 5 tahun…Dan sy baru perasan ada ketulan di payudara kiri dia…dan bila di tekan…dia kata sakit…perlu ke sy mendapatkan rawatan di klinik o hospital?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anak anda hadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ketulan di payudara kanak-kanak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- mencapai akil baligh lebih awal dari usia yang normal
- pembesaran payudara tanpa tanda-tanda akil baligh yang lain pada usia yang muda
- gumpalan nanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.