Sulit
3 tahun
Ketulan di payudara kanan
Sya wanita 28 Tahun…ketika awal pregnant procedure awal cek breast…nurse ckp ok…sejak mnyusu ni sya perasan ada ketulan knyal2,tidak sakit,xbergerak,dan satu tempat sahaja.sya cuba tuam kawasan trsebut…kluar susu…n lately ni,.baby pun xberapa nak menyusu pada kanan breast.mgkin mnyebabkn breast sya mngecut…sya cuba mengurut kawasan benjolan…n baby mnyusu balik…n payudara mmbgkak balik…xmngecut…perlu ke saya buat cekup utk pmeriksaan ketulan tu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Umumnya gangguan yang di alami boleh berpunca dari:
- gangguan kulit yang disertai dengan jangkitan kuman (pastikan payudara sentiasa bersih & tidak terlalu lembab atau terlalu kering)
- trauma atau geseran kulit dari ukuran pakaian dalam yang tidak sesuai (terlalu kecil)
- alahan atau kulit yang tidak sesuai dengan bahan pakaian dalam (di sarankan memakai produk dari bahan cotton)
- penumpukan lapisan lemak atau perubahan kelenjar susu sewaktu kehamilan
Namun selain itu, ia juga boleh menandakan kondisi yang lebih serius seperti:
- kista payudara
- fibroadenoma
- gangguan kelenjar
- gangguan saluran limfa
Justeru anda disarankan untuk belajar teknik pemeriksaan sendiri payudara atau PSP bagi menilai sendiri benjolan benjolan tersebut sebelum ke klinik. Namun kami tetap menyarankan anda untuk berjumpa doktor dalam waktu yang terdekat sekiranya gejala berterusan atau bertambah sering.
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).