
Sulit
4 tahun
Ketulan di perut kiri
Dalam sehari dua ini saya ada masalah buang air besar… Pagi tadi saya sudah boleh buang air besar tetapi ada ketulan kecil di bahagian kiri abdomen saya… Apa perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi iaitu ketulan kecil di bahagian kiri abdomen. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Penghasilan absess pada ruangan usus
- Penyakit keradangan usus Chron’s
- Penghasilan sista dalam ruangan usus
- Diverticular disease : lebih kepada masalah sembelit.
- Ketumbuhan polip dalam usus ( Familial Adenomatous Polyposis ) yang berisiki tinggi untuk menghidap kanser usus.
- Kanser usus
Untuk mengetahui rawatan yang tepat kepada masalah yang anda hadapi, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Jawapan ini dalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah perut anda hari ini.