Sulit
5 tahun
Ketulan di vagina belah kiri
saya berusia 17 tahun dan mempunyai ketulan di dalam kulit di vagina. dan hanya boleh rasa ketulan tersebut apabila saya mencubit kulit saya, dan terasalah ketulan tersebut. ianya bukan berada di bibir vagina, namun berada di bahagian kiri atas vagina. kalau kita bayangkan segitiga terbalik yang mempunyai satu bucu di bawah dan dua bucu diatas, ketulan saya berada di bucu pada sebelah kiri di atas . kebanyakan yg saya search di internet, cancer di vagina biasanya terdapat simptom di bibir vagina, namun bibir vagina saya okay sahaja. ketulan tersebut pada mulanya sakit, namun pada hari ketiga, ketulan tersebut tidak lagi berasa sakit kecuali kalau ditekan dengan sangat kuat. saya sangat takut kalau ini adalah petanda cancer. saya tidak tahu perlu buat apa. tolong saya doctor, saya ingin tahu jika saya perlu ke hospital dengan segera atau tidak. terima kasih.
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala ketulan di vagina boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber atau polyp
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Hidup lega dan bahagia tanpa masalah kelamin. Dapatkan nasihat pakar hari ini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda segera mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.



































