
Sulit
5 tahun
Ketulan kecil di payudara kanak2
Hi DR…sy ingin bertanya…sy ada anak perempuan berumur 5 tahun…Dan sy br perasan ade ketulan di payudara kiri dia…bila di tekan dia merasa sakit…perlu ke sy mendapatkan rawatan di klinik o hospital…tq DR

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anak anda hadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ketulan di payudara kanak-kanak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- mencapai akil baligh lebih awal dari usia yang normal
- pembesaran payudara tanpa tanda-tanda akil baligh yang lain pada usia yang muda
- gumpalan nanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.