Sulit
4 tahun
Ketulan lendir dan darah ketika buang air besar
Saya lelaki berumur 20 tahun. Dan masih belajar. Saya juga golongan lgbt. Saya pernah melakukan hubungan songsang dengan seorang lelaki tanpa memakai protection. Pada hari pertama saya agak kurang selesa utk membuang air besar. Dan saya mendapati terdapat ketulan lendir ketika membuang air besar. Sudah masuk seminggu saya mengalami masalah ketulan lendir. Pada hari ketujuh saya mendapati terdapat ketulan lendir dan sedikit darah ketika ingin membuang air besar. Adakah ia disebabkan hubungan songsang saya tersebut. Kerana saya juga ada membuat research. Mostly ia disebabkan buasir. Atau saya berkemungkinan dijangkiti penyakit lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- Luka di bahagian anal
- Masalah radang Usus (Inflammatory Bowel disease)
- Masalah usus tidak selesa (Irritable bowel disease)
Walaubagaimanapun, tabiat melakukan hubungan sonsang tersebut meningkatkan risiko HIV. Maka, anda disarankan untuk menjalani ujian HIV sekurang-kurangnya 6 hingga 12 minggu selepas hubungan dijalinkan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.