
Sulit
3 tahun
Ketulan pada bawah kulit tengah bahagian payudara. Pada bahagian kanan
Saya seorang gadis yg belum pernah berkahwin.berumur 25tahun.
Saya mendapati bahawa kawasan payudara saya di sebelah kanan terdapat ketulan yg bersaiz guli.
Bila disentuh ia tidak sakit tapi saya khawatir kerana sebelum ini ada saya merasakan ketulan tetapi saya anggap ia akan hilang sendiri. Tetapi tidak hilang dan masih ada.
Adakah ketulan ini normal? Atau boleh membahayakan?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan sekarang !
Umumnya gangguan yang di alami boleh berpunca dari:
- trauma atau geseran kulit dari ukuran pakaian dalam yang tidak sesuai (terlalu kecil)
- kesan dari alahan atau kulit yang tidak sesuai dengan bahan pakaian dalam (di sarankan memakai produk dari bahan cotton)
- penumpukan lemak dibawah lapisan kulit
Namun selain itu, ia juga boleh menandakan kondisi yang lebih serius seperti:
- ketumbuhan payudara
- fibroadenoma
- gangguan kelenjar
- gangguan saluran limfa
Justeru anda disarankan untuk belajar teknik pemeriksaan sendiri payudara atau PSP bagi menilai sendiri benjolan benjolan tersebut sebelum ke klinik. Namun kami tetap menyarankan anda untuk berjumpa doktor dalam waktu yang terdekat. Kerana, untuk mengetahui punca masalah sebenar pemeriksaan lanjut perlu dilaksanakan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).