Sulit

3 tahun

Ketulan pada kedua belah payudara

Saya wanita yang berusia 29 tahun.sejak saya berumur 13 tahun, saya mendapati ada satu ketulan pada breast belah kanan.ketulan yang keras.saya tidak merasa apa apa sakit.dalam umur awal 20 an, saya perasan sebelah kanan juga terdapat lebih dari satu ketulan.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah ketulan pada payudara sebelah kanan yang terdiri lebih dari satu yang telah berlaku sejak berumur 13 tahun. Untuk makluman anda, ketulan yang terdapat pada payudara pada selalunya adalah merupakan salah satu tanda-tanda kanser awal yang perlu diketahui oleh para wanita umum. NAMUN, ketulan pada payudara juga boleh merupakan sejenis ketulan fisologik, dimana ketulan tersebut adalah disebabkan oleh aliran hormon wanita yang dirembeskan ketika kedatangan haid.

Payudara wanita mempunyai tisu-tisu yang ketumbuhbesarannya dipengaruhi oleh hormon wanita iaitu Estrogen, dimana hormon ini akan dirembeskan pada masa-masa tertentu dalam satu kitaran haid yang lengkap (28 hari). Ketulan yang fisiologik ini selalunya datang secara sekejap-sekejap sepanjang umur hidup, dan akan beransur pulih pada kitaran haid yang seterusnya. Namun, gejala ini juga boleh menjadi salah satu tanda bahawa aliran hormon wanita anda adalah tidak seimbang dan ia boleh disebabkan oleh beberapa penyakit reproduktif wanita seperti:

  • Ketumbuhan sista ovari (PCOS)
  • Kanser ovari
  • Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim
  • Masalah tiroid atau masalah metabolisma dan rembesan hormon badan
  • Penyakit keradangan pada ruangan pelvis termasuk keradangan ovari.

Sekiranya ketulan tersebut adalah progressif (bermaksud ia wujud setelah sekian lama dan tidak pernah surut), maka ia boleh menjadi petanda sebagai kanser payudara. Namun, tidak semua ketulan progresif adalah kanser, ia juga boleh disebabkan oleh ketumbuhan jinak tisu payudara yang boleh disebabkan oleh faktor-faktor keturunan (genetik) dan hormon.

Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.

Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dengan kadar segera keranya ketumbuhan jinak mempunyai kecederungan untuk menjadi kanser jika ia tidak diberi perhatian secepat mungkin. Sila pergi ke hospital dengan kadar segera sekiranya anda mengalami simptom-simptom yang berikut:

  • Sakit payu dara
  • Pengeluaran cecair jernih atau darah dari puting
  • Pengeluaran nanah dari ketulan
  • Keletihan dan tidak bermaya
  • Penurunan berat badan yang mendadak
  • Tidak selera makan
  • Perubahan warna kulit payudara
  • Benjolan kecil pada ketiak atau pada kawasan sekeliling payudara.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

womananddoctor%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)