
Sulit
4 tahun
Ketulan pada puting di payudara yang bersaiz puting . Keras dan meleper
Hi, saya 25 tahun. Ada ketulan di permukaan puting payudara saya belah kiri. Bentuk sama besar dengan puting saya. Jadi puting saya keras. Kadang2 sakit . Tapi sakit manja2 je. Asalnya dulu kecil tapi makin lama makin membesar . Tapi bila dah sama saiz dengan puting, dia stop membesar and gatal2 sikit sometimes. Saya dah google gejala kanser payudara, tetapi saya rasan bukan kanser

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan sekarang !
Umumnya gangguan yang di alami boleh berpunca dari:
- Peluh yang berlebihan disertai dengan jangkitan kuman (pastikan payudara sentiasa bersih & tidak terlalu lembab atau terlalu kering)
- Jangkitan payudara (mastitis)
- Trauma atau geseran kulit dari ukuran pakaian dalam yang tidak sesuai (terlalu kecil)
- Alahan atau kulit yang tidak sesuai dengan bahan pakaian dalam (di sarankan memakai produk dari bahan cotton)
- Fibroadenoma
- Gangguan kelenjar
- Gangguan saluran limfa
- Tanda-tanda awal gangguan neoplasma
- Kanser payudara
- Mahupun gangguan atau perubahan hormon tubuh
Justeru anda disarankan untuk belajar teknik pemeriksaan sendiri payudara atau PSP dengan benar bagi menilai sendiri benjolan benjolan tersebut sebelum ke klinik. Namun kami tetap menyarankan anda untuk berjumpa doktor dalam waktu yang terdekat. Kerana, untuk mengetahui punca masalah sebenar pemeriksaan lanjut perlu dilaksanakan.
Anda perlu segera berjumpa doktor sekiranya:
- Ia mengganggu rutin harian anda
- Terdapat gejala yang membimbangkan (iaitu sakit kepala, kelemahan, mual, muntah, dll.)
- Merasakan perubahan badan yang drastik (iaitu berat badan, bentuk badan, dll.)
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).