Anonymous
6 tahun
Ketulan putih keras di faraj
Salam sejahtera doktor. Boleh saya tnya? Di bahagian faraj saya ada tumbuh macam jerawat tetapi keras. Adakah ianya membahayakan?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ketulan pada kemaluan anda boleh disebabkan:
- Jerawat
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan virus HPV
- Kista (cyst) seperti kista Bartholin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































