
Sulit
4 tahun
Ketulan sebesar bola golf pada payudara
saya ingin brtanya bgi pihak nenek saya. yang skrg berusia 70 lebih. pada bahagian tepi payudara (bawah ketiak) sebelah kanan nenek saya terdapat ketulan sebesar bola golf tetapi setelah membuat search di internet tdk pula menunjukkan tanda kanser payudara… tetapi nenek ada lah beritahu bahawa bahagian arolanya gatal gatal dan bahagian benjolan tersebut menjadi merah kehitaman… mohon pencerahan doc…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan nenek anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang payudara
- Breast abscess
- Breast cyst
- Cyclical breast pain; berkaitan dengan kitaran haid
- Kanser payudara
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Ini hanyalah pendapat kami secara am mengenai masalah anda. Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui punca mengapa nenek anda mengalami gejala sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan kerana gejala yang dialami memerlukan perhatian doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.