
Sulit
4 tahun
Ketulan semasa haid seperti jelly like
Saya wanita berumur 23 tahun dan belum berkahwin. Mak saya pernah menjalani pembedahan untuk membuang fibroid.
Saya telah haid pada 2 minggu lepas (haid lewat 2 minggu) cuma pada beberapa hari pertama, darah keluar dalam kuantiti sedikit/tidak keluar. Namun, lepas saya bertungku, darah mula keluar seperti biasa.
Dan haid saya kali ini agak lama dalam nak dekat 2 minggu juga daripada seminggu. Cumanya sejak semalam 14/6 dan harini 15/6, terdapat ketulan ketulan darah yang keluar semasa saya membuang air kecil. Ataupun tiba tiba rasa macam ketulan itu nak keluar macam nak keluar darah haid. Ketulan ketulan yang seperti jelly like itu keluar dalan kuantiti sederhana/banyak sikit.
Ini pertama kali terjadi macam ini ke saya dan saya agak risau jika perkara ini boleh memudaratkan kesihatan saya.
Harap boleh beri pandangan. Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya memahami tentang masalah haid berpanjangan yang anda sedang hadapi. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Masalah tiroid
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.