
Sulit
4 tahun
Ketulan seperti jerawat di dalam vagina
hai, saya wanita beumur 28 tahun masih lagi belum berkahwin dan tidak pernah melakukan hubungan seks. pagi tadi saya perasan ada 2 ketulan seperti jerawat tumbuh di vagina enterance apabila saya memasuk kan jari ke dalamnya. apakah sebabnya dan apa perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah 2 ketulan yang tumbuh pada lubang vagina ataupun vulva. Untuk makluman anda, perkara ini boleh terjadi disebabkan oleh :
- Penyakit keradangan vagina dan vulva (Vulvavaginitis) yang disebabkan oleh alahan pada kulit, jangkitan bakteria atau kulat, kurang pelincir ketika seks ataupun kehamilan
- Jangkitan kulat atau kuman
- Irritasi pada bahagian vagina atau vulva
- Sista pada kelenjar Gartner’s
- Sista pada kelenjar Bartholin (kelenjar yang mengeluarkan air mazi bagi pelincir ketika hubungan seks)
- Penyakit keradangan ( Cellulitis )
- Jangkitan herpes atau Sexual transmitted infections (STI) yang lain
Pastikan anda menghayati malam pertama dengan suami dengan selamat.
Bagi situasi anda, kemungkinan anda menghadapi jangkitan kuman ataupun alahan pada sabun, pemaikan, ataupun sabun pencuci kain yang digunakan. Ini akan menyebabkan kelenjar pada vulva menjadi bengkak (jika bengkak pada dua belah, kemungkinan yang bengkak itu adalah kelenjar vulva - bartholin atau gartner).
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah