
Sulit
4 tahun
Ketulan seperti jerawat
saya wanita berumur 23 tahun dan mengalami ketulan seperti jerawat dan sakit apabila ditekan. hampir sebulan bengkak pada ketulan itu tidak surut. mungkinkah ia nya jerawat badan jenis cyst atau apa ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang folikel bulu roma
- Jerawat
- Cellulitis
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.