
Sulit
4 tahun
Ketulan yang semakin membesar di bahagian kelopak mata bawah kanan
saya wanita berumur 22 tahun , di bahagian kelopak mata bawah kanan saya terdapat ketulan yang semakin membesar ketulan tersebut bukanlah ketulan daging yang asing…tetapi ketulan tersebut seperti permukaan kelopak mata saya(bukan semua tetapi permukaan di tengah sahaja) yang semakin membesar dan terlihat seperti ketulan kerana di permukaan tengah saja yang dagingya seperti terlebih daripada permukaan lain…ketika saya kecil ketulan tersebut masih kecil…tetapi bila saya dah meningkat umur…ketulan tersebut membesar dan membuatkan saya agak risau…ketulan tersebut bila disentuh tidak merasa sakit…dan ketulan tersebut juga tidak kemerahan…saya berangapaan mungkin kolestrol tinggi kerana saya akan bernafas dengan kuat akibat daripada rasa sempit di dada…saya juga berpeluh dengan agak kuat walaupun saya hanya duduk tanpa melakukan apa2 aktivit.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketumbit (stye) - disebabkan oleh jangkitan kuman pada kawasan bulu mata
- Chalazion - penakungan minyak pada kelenjar kelopak mata
- Xanthelasma - muncul akibat adanya timbunan lemak yang disebabkan oleh tingginya kolesterol dalam darah yang kemudian ‘dibuang’ di jaringan bawah kulit ( terjadi di kalangan usia 40-50 tahun)
- Alahan pada mata
Anda disarankan untuk berbincang dan mendapatkan nasihat daripada doktor sekiranya anda masih risau tentang keadaan anak anda.Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anak anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan perlu dijalankan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih