
Sulit
4 tahun
Ketumbit berulang ulang
Anak saya berusia 12tahun dan mempunyai masalah ketumbit disebelah Kanan mata sejak bulan puasa yang lepas.
Telah bertemu doktor kesihatan dan doktor ada berikan ubat sapu&titis.masalahnya sekarang ialah masih terdapat ketulan kecil nanah.
Nanah tersebut akan pecah sendiri dan beberapa Hari kemudian kembali semula nanah.
Apakah saya perlu membawa kembali anak saya berjumpa doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Masalah ketumbit adalah disebabkan oleh bakteria dari kulit (biasanya bakteria staphylococci) yang masuk dan merengsakan kelenjar minyak di bahagian kelopak mata. Bakteria ini, yang biasanya tidak berbahaya. Apabila ianya terperangkap bersama dengan sel-sel kulit mati di pinggir kelopak mata, hasilnya adalah benjolan yang bengkak, merah, dan menyakitkan.
Penyebaran staphylococcal ke kelopak mata boleh terjadi dari menyentuh lendir dari hidung dan kemudian menyentuh mata. Oleh itu, pastikan anak anda membersihkan tangan sentiasa dan mebersihkan nanah yang keluar dari kawasan ketumbit agar jangkitannya tidak merebak ke kawasan lain. Elakkan dari memegang mata.
Memandangkan anak anda sering mendapat ketumbit, ianya berkemungkinan menunjukkan bahawa kelopak mata dia perlu dibersihkan lebih kerap. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan menggunakan sedikit syampu untuk bayi (kerana syampu bayi jarang menyakitkan mata) pada kain kapas atau kain lap. Kemudian cuci kulit di kelopak mata secara berkala bagi mengurangkan risiko folikel bulu mata dijangkiti.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor bagi pemeriksaan serta rawatan lanjut terutama sekali sekiranya masalah ini masih berpanjangan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.