
Anonymous
5 tahun
Ketumbit di bahagian kelopak mata atas
sy wanita,brumur 23 thun…sy ada masalah ketumbit dekat masalh mata atas dari bln 6thun lepas…smpai skrg x hilang lg…blh sy tnya…klu cocok pakai jarum pecahkn sendiri boleh ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami masalah yang anda sedang hadapi. Masalah ketumbit yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- infeksi kelopak mata
- dermatitis alergik
- kelainan kongenital saluran air mata
- tumor di saluran air mata
Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan ketumbit ini:
- Menuam ketumbit dengan menggunakan sapu tangan yang direndam dalam air panas untuk 10 minit, untuk 2-3 kali sehari
- Membersihkan kelopak mata dengan menggunakan putik kapas yang direndam sabun bayi untuk mengesat bulu mata secara lembut
- Mengurut secara lembut chalazion yang bengkak untuk mengeluarkan lemak yang tersumbat
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.