
wkd4677
5 tahun
Ketumbit pada wanita megandung
Saya sedang mengandung 32minggu Masalah saya sekarang secara tiba2 keluar Ketumbit di Mata Kanan Dan membengkak Adakah Bahaya bagi wanita megandung mcm saya Dan Apakah rawatan yg perlu saya lakukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, biasanya ketumbit adalah jangkitan pada folikel bulu mata yang menyebabkan bengkak atau nanah. Rawatan bagi masalah ini biasanya adalah antibiotik dan juga ointment atau krim sapu pada bahagian tersebut.
Oleh kerana anda mengandung, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut agar ubat yang sesuai untuk anda dan kandungan boleh diberikan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi emndapatkan rawatan yang diperlukan. Terima kasih