fazafarahin
6 tahun
Ketumbuhan bilateral fibroadenoma di payudara
saya berumur 24 tahun dan disahkan menghidapi bilateral fibroadenoma.
saya juga telah melakukan scanning di hospital dan ditemukan beberapa ketumbuhan yang terdapat pada payudara. Adakah penyakit ini merbahaya & boleh mendatangkan kanser?
6 tahun
Hai, salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, fibroadenoma adalah sejenis ketumbuhan payudara yang tidak merbahaya. Ia dipanggil “benign breast lesion” dimana ketumbuhan ini tidak membesar, merebak atau mengganggu struktur payudara anda atau bahagian tubuh yang lain.
Ketumbuhan fibroadenoma adalah tidak merbahaya dan tidak membawa risiko kanser. Bagi kebanyakan kes ketumbuhan ini hanya dibiarkan dan dipantau sekiranya berlaku perubahan. Rawatan pembedahan bagi masalah ini selalunya dilakukan bagi pesakit yang mengalami simptom seperti kesakitan tertutamanya sebelum datang haid. Ia juga boleh dilakukan atas sebab kecantikan atau atas permintaan pesakit. Seringkali pembedahan dilakukan bagi memberikan keselesaan dan menghilangkan kerisauan pesakit tentang ketumbuhan yang wujud di payudara mereka.
Untuk maklumat lanjut atau sekiranya anda ingin berbincang mengenai rawatan, anda boleh klik link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Harap membantu. Terima kasih.
































