
Sulit
5 tahun
Ketumbuhan di Dinding Vagina
Saya menyedari ada sesuatu tumbuh pada dinding Vagina yang bersaiz 2/3 dari pada ibu jari kaki. Apa bila memberitahu suami, suami me lihat sperti vaginal cyst. Apakah yang saya perlu buat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kemaluan bagi wanita mempunyai variasi yang luas dari segi rupa. Jika terdapat lebihan kulit atau isi yang menutupi lubang faraj anda, maka ia boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Variasi labia (bibir vagina)
- Ketumbuhan polip
- Sista (cyst) seperti “Bartholian cyst”
- Ketuat akibat jangkitan virus HPV
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.