
kiesan21
5 tahun
Ketumbuhan dibelakang telinga sebelah kiri
Saya seorang lelaki berumur 20 tahun mengalami satu ketumbuhan d blkng telinga sebelah kiri sejak umur 16 tahun lagi. Pada mulanya hanya satu biji shja kini mnjdi 2. Ketumbuhan tersebut tidak mndtgkn apa2 rasa kesakitan walaupun ditekan atau disentuh.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan atau “ketumbuhan” yang anda nyatakan dibelakang telinga anda boleh disebabkan:
- Kista (cyst) - seperti “Sebaceous Cyst”
- Lebihan kulit - skin tag
- Nanah dari jangkitan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.