Anonymous
6 tahun
Ketumbuhan fibroadenoma
Hai doktor saya nak tanyaa , sy mmpunyai fibroadenoma di payudara boleh kah saya minum susu stiap hari ?? Ad kesan tak terhdap ketumbuhan fibroadenoma ni ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda tiada larangan atau bahaya terhadap minum susu walaupun anda menghadapi ketumbuhan fibroadenoma.
Ketumbuhan ini adalah jenis jinak dan tidak merbahaya dan tiada larangan pemakanan bagi penghidapnya. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian sekiranya anda ingin bertanyakan soalan lanjut. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!
































