
shikin.md_22388
5 tahun
Ketumbuhan pada rahim (endrometrosis)
Sy berumur 32thn dan pernah menjalani pembedahan untuk membuang cyst pada thn 2016.sy suka minum coffee 3 in 1 & sekarang sy ingin mengamalkan minum susu.sy nak try minum susu anlene cafe latte tetapi susu ini mengandungi kolagen…adakah ianya selamat untuk saya minum.mohon pencerahan dr doctor.tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kolagen mempunyai beberapa fungsi kebaikan seperti bantuan struktur dalam tisu, otot dan kulit. Ia merupakan suplemen yang bagus untuk kesihatan tubuh badan dan tidak akan menjejaskan masalah cyst atau endometriosis yang anda alami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.