
Sulit
4 tahun
Ketumbuhan pada rahim
saya pernah ada sis di dlam rahim saya 4 tahun lepas bersaiz 3cm. saya berhenti berjumpa doktor bila doktor memaklumkan sis saya tidak membesar dan dalam sis tersebut cuma bendalir. Namun kebelakangan ini saya sering sakit perut terutama dikawasan bawah perut dan disebelah kanan. kadang bila sakit saya akan mengalami sakit adakah kemungkinan sis tersebut akan membesar semul

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi iaitu sakit perut sebelah kanan. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Keracunan makanan
Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
GERD
Radang pankreas atau pancreatitis.
Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
masalah struktur rahim atau ovari kanan
Berdasarkan maklumat kesihatan anda terdahulu, cyst atau ketumbuhan pada struktur rahim anda berkemungkinan terlibat dalam menyebabkan anda sakit perut semula. Namun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.