
Sulit
5 tahun
Ketumbuhan seumpama bisul di bibir zakar
Saya lelaki berumur 31tahun. pada usia 18tahun terdapat ketumbuhan seakan-akan bisul tumbuh di bibir zakar bersaiz 0.3cm.dlm bisul seakan ada air. sehingga skarang bisul tersebut masih ada dan membesar dalam 0.5cm.boleh sarankan apa yg perlu saya buat dan klinik mana yg saya perlu pergi…terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Untuk memulakan rawatan, puncanya mestilah dikesan kerana rawatan bagi setiap punca adalah berlainan. Anda boleh pergi ke klinik kesihatan berdekatan rumah anda atau klinik urology di hospital swasta. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.