ronisartwarz
6 tahun
Khasiat buah goji dan cuka epal untuk Kencing Manis
saya penghidap kencing manis sejak 3 bulan lepas.berumur 36 tahun.bacaan gula dalam darah saya sekarang 31.5…kadang-kadang turun hingga 15.8…saya ingin tahu khasiat buah goji dan cuka epal elok tak untuk penghidap kencing manis.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat dua jenis iaitu kadar gula darah puasa dan kadar gula darah sewaktu. Kadar normal gula darah puasa adalah 4.0 to 5.4 mmol/L (72 to 99 mg/dL) dan kadar normal gula darah sewaktu adalah sampai 7.8 mmol/L (140 mg/dL).
Sekiranya ia membuktikan bahawa anda menghadapi penyakit kencing manis, anda haruslah berunding dengan doktor secepat yang mungkin untuk mengelakkan komplikasi daripada penyakit ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.

































