
Sulit
4 tahun
Kira waktu subur tak pandai kira
saya wanita sudah berkahwin sudah berkhwin lebih dari 4 tahun belum hamil… saya tak pandai kira waktu subur… cara untuk kira waktu subur macam mana ya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, waktu kesuburan ini bergantung pada individu.
Jika individu memiliki kitaran haid selama 28 hari (hari pertama datang haid sehingga hari sebelum datang haid seterusnya), maka ovulasi wanita atau waktu subur tersebut ialah pada hari ke 14. Catat tarikh ini sebagai anggaran waktu ovulasi anda.
Benarkah pasangan hanya harus bersama pada setiap malam sepanjang 5 hari semenjak tarikh tersebut dapat meningkatkan kebarangkalian untuk hamil? Jawapannya tidak.
Pasangan disarankan melakukan 2 hari sebelum tarikh ovulasi kerana sperma dikatakan memiliki jangka hayat selama 72 jam. Maka, terdapat kebarangkalian persenyawaan jika pasangan bersama dalam tempoh tersebut.
Selain itu, pasangan disarankan untuk bersama selang sehari bermula 2 hari sebelum ovulasi. Hal ini bagi memastikan bilangan sperma yang terhasil mencukupi untuk mendapatkan kebarangkalian persenyawaan.
Sebagai contoh, jika ovulasi pada hari ke 14, pasangan disarankan bersama pada hari ke 12, 14, 16 dan selanjutnya. Untuk makluman anda, jangka hayat ovum ialah selama 24 jam. Oleh itu, tidak mengapa jika bersama sebelum ovulasi, berbanding selepas ovulasi berlaku.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.