Sulit
3 tahun
Kiraan hamil selepas keguguran
saya umur 26thn…saya bernikah pada 11.7.2020 dan mendapati pregnant pda 11.8.2020…tapi 16.8.2020 saya mengalami keguguran…saya pantang selama 7hari selepas itu saya bersama suami…pada 16.9.2020 saya demam dan terus check upt alhamdulillah positive…tapi saya tak tau macam mana nk kira usia kandungan saya…memandangkan saya tak period…berapa usia kandungan saya sebnarnya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, cara untuk mengira usia kandungan adalah berdasarkan tarikh hari pertama kedatangan haid yang terakhir (Last menstrual period LMP). Kemudian kirakan berapa minggu atau bulan yang telah berlalu dari tarikh tersebut, dan itu merupakan usia kandungan anda.
Contohnya, sekiranya tarikh hari pertama kedatanga haid terakhir anda (LMP) adalah pada 2 september, maka dari tarikh itu, kirakan jumlah minggu yang telah berlalu sehingga ke harini,. Contohnya harini adalah 22 september, maka jumlah minggu yang berlalu adalah 3 minggu. Bermaksud usia kandungan anda adalah 3 minggu.
Jangka masa untuk menunggu kedatangan bayi (kehamilan) mepunyai purata selama 280 hari atau 9 bulan dan 7 hari daripada LMP yang diperihalkan tadi. Walaubagaimanapun, ini adalah pengiraan ini adalah subjektif kepada setiap ibu yang hamil yang mempunyai kondisi kehamilan yang berbeza.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.