
Sulit
4 tahun
Kiraan Hari Swab Test Covid-19
Saya mengalami demam pada Selasa malam 29/12 dan pada pagi Rabu 30/12 saya mulai sakit tekak dan batuk, sakit pada sendi seluruh badan serta sakit kepala. Saya telah ke klinik kesihatan berhampiran dan doktor telah mencadangkan untuk saya membuat surveillance swab. Saya telah melakukan swab pada jam 10 pagi 30/12. Saya dimaklumkan keputusan dalam tempoh 3 hari. Pihak KKM akan menghubungi saya sekiranya keputusan swab tersebut positif. Jadi saya ingin mengetahui tempoh kiraan 3 hari tersebut bermula pada 30/12 atau 31/12?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, cara untuk mengira hari adalah berdasarkan tempoh 24 jam. Ini bermakna 24 jam setelah jam 10 pagi pada 30/12/2020 adalah dikira sebagai satu hari. Secara tepatnya, cukup 24 jam bersamaan dengan 1 hari. Kemudian, anda perlu menambah kiraan seterusnya sesuai dengan bilangan hari yang dikehendaki.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link ( Screening COVID ).Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini