Sulit
2 tahun
Kiraan selepas pendedahan kepada virus HIV
adakah pendedahan kepada virus dikira sebagai hari pertama selepas melakukan aktiviti berisiko?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda terdapat pelbagai ujian HIV yang dilakukan berdasarkan waktu antara seseorang terdedah pada HIV dan ujian HIV untuk mengesan virus yang dipanggil window period. Antara ujian HIV yang boleh mengesan virus ialah
- nucleic acid test (NAT), ujian ini boleh mengesan virus selepas 10 - 33 hari selepas pendedahan pada virus
- antigen/antibody test: akan mengesan virus selepas 18 - 45 hari selepas pendedahan kepada virus
- antibody test: akan mengesan virus selepas 23 - 90 hari selepas pendedahan kepada virus.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan!
Ujian HIV ini amat tepat jika anda membuat dalam window period yang ditetapkan tetapi amat digalakkan untuk membuat ujian kepastian selepas 3 bulan selepas pendedahan virus. Namun begitu anda patut berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.
Mengenai HIV, virus ini boleh merebak kepada seseorang jika:
- melakukan hubungan seks tanpa kondom
- berkongsi jarum untuk dadah
- pemindahan darah atau organ yang tercemar dengan HIV
- ibu yang telah dijangkiti memberikan susu kepada bayinya
Bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit HIV, anda disarankan untuk melakukan hubungan seksual yang sihat dan selamat seperti:
- Menggunakan kondom
- Tidak bertukar-tukar pasangan
- Mengetahui status penyakit pasangan
- Tidak melakukan aktiviti melibatkan dadah
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini