Anonymous
4 tahun
Kiraan usia kandungan
Sy keguguran pd 1/7/2019, pendarahan tamar pada 7/7/2019. pada 26/7/2019 UPT sy positif & sy buat ulangam test pd 28/7/2019 masih positif. Macam mana sy ingin kira berapa minggu kandungan sy?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, memandangkan anda baru sahaja keguguran, pemeriksaan UPT akan menerbitkan hasil positif sejak hari keguguran sampai kurang lebih 2 minggu setelah keguguran tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.