
Sulit
5 tahun
Kiraan usia kehamilan
Hi Doctor,Sy keguguran pd 4/2/2020
,darah kering pd 8/2/2020 & mula
bersama suami selepas minggu seterusnya.
Pd hujung bln Feb sy mula mengesan
simptom² kehamilan & jalani UPT 2x &
keputusan nya positive (garisan sgt
terang & jelas).Sehingga kini,sy
mengalami 100% simptom kehamilan &
sy tak dtg period sejak keguguran
(kitaran period sy teratur & normal)
Sy cuba untuk scan untuk dptkan kepastian
sm ada sy btl² mengandung atau tak,tapi
doc menyarankan sy tangguh dulu sbb usia kandungan masih kecil,kalau scan pun tak nampak.Soalan sy,adakah sy btl² hamil atay
ni adalah false positive pregnancy? &
bagaimana kiraan kehamilan sy?untuk
pengetahuan doc,sy mengalami simptom²
kehamilan seperti:kerap mual,muntah,tiada
selera makan,sakit kepala,kerap kencinf
& perut cramp(tidak kerap).

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, memandangkan anda baru sahaja keguguran, pemeriksaan UPT akan menerbitkan hasil positif sejak hari keguguran sampai kurang lebih 2 minggu setelah keguguran tersebut.
Untuk makluman anda, terdapat dua cara utama untuk menentukan usia kehamilan, yaitu dengan perhitungan menggunakan formula dan juga dengan menggunakan scan. Harus diketahui juga bahawa semakin besar kandungan, beza perhitungan dengan usia scan dapat selisih daripada 5 hingga 21 hari.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.