amaninina506
5 tahun
Kitar haid yang tak normal
Saya wanita 20tahun dan saya mengalami period cycle yang abnormal sebab saya mengalami fasa period yang lama sehingga 15 hari dan darah keluar dengan banyak sehingga saya perlu menukar pad dengan kerap.saya juga mengalami sakit pinggang yang mencucuk dan sakit pada bahagian perut apabila datang haid.saya juga mengalami batuk dan muntah berdarah sebelum datang haid.adakah ia tanda-tanda saya mendapat penyakit lain seperti cancer.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Masalah batuk dan muntah darah ini mungkin boleh disebabkan oleh masalah yang lain, ianya boleh disebabkan oleh masalah paru-paru ataupun masalah usus seperti:
- Jangkitan paru-paru
- Ulser perut
- Malory-Weiss yang disebabkan oleh muntah yang terlalu kerap
Usia anda bukan usia yang umum untuk menghidapi kanser. Oleh itu, anda tiak perlu berasa terlalu risau. Sebaliknya, anda boleh mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut daripada doktor di klinik atau hospital untuk mendapatkan diagnosa yang lebih tepat. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































