
Sulit
4 tahun
Kitar Period Tidak Menentu
Hello,saya berumur 15 tahun dan baru sahaja mengalamai first period saya 26/6/2020 dan berakhir pada 6/7/2020. Nak seminggu lepas itu muncul semula tompoo2 coklat. Saya just anggap sebagai darah istihadah and terus solat,tapi sejak dia tiga hari ini kadang2 keluar memang keluar darah merah gelap. Adakah ia darah haid or darah istihadah? Boleh solat ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Untuk masalah sama ada anda boleh solat atau tidak, saya nasihatkan untuk anda mengajukan persoalan ini dengan yang lebih arif. Tetapi, satakat yang saya tahu, dalam islam selepas 15 hari dari hari pertama anda datang haid, ianya dikira darah penyakit. Tidak kira sama ada darah itu keluar secara berterusan atau terdapat hari bersih di antara 15 hari tersebut. Oleh itu, wajib untuk anda solat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.