
Sulit
4 tahun
Kitaran darah haid yang tidak teratur dan perubahan warna darah haid. Sering berlaku dan mengalami dalam tempoh yang lama. Adakah ianya masalah yang serius dan tidak normal?
Saya berumur 19 tahun. Saya telah mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur sejak umur saya 17 tahun. Sekarang, saya akan haid kadang-kadang 1 bulan sekali, kadang-kadang 2 bulan sekali. Tetapi setiap kali saya haid, darah berwarna coklat hitam dan sangat berbau. Itupun keluar sikit-sikit. Sekarang sudah 2 minggu lebih darah masih tk berhenti. Adakah ianya normal atau saya perlu berjumpa doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala kitaran haid yang tidak teratur merupakan satu perkara yang biasa dialami oleh segolongan wanita yang sihat dan tanpa penyakit reproduktif yang serius. Namun, ia juga boleh menandakan penyakit-penyakit berbahaya yang boleh merosotkan kesihatan seksual serta kesihatan am anda.
Untuk makluman anda, masalah haid tidak teratur pada biasanya boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor am seperti terlebih senaman, pemakanan dan juga gangguan stress. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh beberapa penyakit seperti:
- Penyakit sista ovari (Polycystic Ovarian Syndrome) yang boleh mengganggu hormon kitaran haid
- Ketumbuhan polip atau fibroid
- Kanser ovari
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI (Sexual transmitted infections) seperti bakteria, HIV, HPV, Sifilis dan juga kulat.
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim (Endometriosis)
- Kehamilan atau kehamilan ektopik. (Haid tidak teratur, kemudian tidak datang haid selama 9 bulan)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Tompokan darah berwarna coklat atau keputihan coklat selalunya boleh disebabkan oleh darah haid yang beku yang tertakung dalam rahim dari kitaran haid terlepas. Namun, sekiranya ia berbau busuk, ia lebih tercederung atas sebab jangkitan STI atau keradangan ruangan pelvis (PID) seperti yang diperihalkan di atas. Kami sarankan anda untuk memantau simptom-simptom lain seperti:
- Senggugut atau sakit perut bahagian bawah pusat yang tidak bekait dengan kedatangan haid
- Lendiran atau keputihan berwarna lain
- Kegatalan pada alat sulit
- Keruaman
- Masalah pembuangan air kecil (UTI).
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda bagi mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi agar mengelakkan perkembangan penyakit yang anda hadapi setelah dikenalpasti.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!