
Sulit
5 tahun
Kitaran Haid 14 hari
Saya wanita 30 tahun. Seorang yang obese. Mempunyai seorang cahaya mata berusia 3 tahun. tidak mengambil sebarang perancang kehamilan. sejak bersalin sehingga tahun 2019 saya tidak period. bermula mei 2019 sehingga mac 2010 saya period sebulan sekali.kitaran tidak menentu 23-72. Anak masih Breastfeeding tapi campuran. April ini periox saya dtg dlm kitaran haid 14 hari. tidak lebih dari besar 50 sen

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Perdarahan haid yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan darah atau anemia. Anaemia menyebabkan tanda-tanda seperti mudah letih, pitam, muka pucat, sesak nafas dan sakit dada terutamanya semasa menjalankan aktiviti fizikal. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan termasuk:
• Dysfunctional uterine bleeding atau DUB (punca paling biasa)
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau serviks
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
• Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim
• Sistem bekuan darah yang tidak normal
• Penggunaan IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Gangguan hormon sering menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan perdarahan haid yang berpanjangan. Gangguan hormon ini juga boleh menyebabkan senggugut. Kondisi ini dikenali sebagai dysfunctional uterine bleeding atau DUB. DUB merupakan sejenis diagnosa eksklusi. Maknanya, doktor seharusnya telah menjalankan pemeriksaan dan ujian yang secukupnya untuk memastikan tiada punca lain yang menyebabkan perdarahan haid berpanjangan selain gangguan hormon. Darah beku adalah berpunca daripada darah yang terperangkap di dalam rahim anda. Darah beku yang besar biasanya merujuk kepada perdarahan haid yang agak serius.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.