ann_7989
6 tahun
Kitaran haid cepat, haid sedikit tetapi lama
Saya wanita 30an,saya mengalami kitaran haid cepat iaitu 13 hari, kebiasaannya kitaran haid sya 21-37hri. Haid juga sedikit tetapi lama lebih dari 7 hari.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am bagi masalah puan.
Untuk makluman pihak puan, terdapat beberapa punca masalah haid tidak teratur seperti yang puan alami, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Namun puan harus faham yang kitaran haid bagi wanita adalah berbeza-beza setiap kitaran/bulan. Mungkin kitaran puan pada bulan ini adalah berbeza dari bulan-bulan yang berikut dan ini adalah normal. Jika keadaan ini berlarutan, sila dapatkan pemeriksaan lanjut.
Bagi mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, sila klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami bagi sesi konsultasi secara peribadi. Kami memerlukan maklumat lanjut sebelum kesimpulan boleh dibuat. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























