
Sulit
4 tahun
Kitaran Haid dan Pengambilan Ubat Diane-35
Saya gadis berumur 22 tahun, saya baru sahaja tamat haid 2 hari lepas, pada sebelum ini saya memang ada masalah gangguan kitaran haid, saya mengambil pil untuk melancarkan haid selama 3 bulan iaitu 5 hari dlm sebulan, pada hari ini pula, saya berjumpa dengan doktor untuk cek reault darah bagi hormon tyroid saya dan alhamdulillah semua nya okay, doktor kata saya ada simptom pcos sebab period tak lancar dan hormon lelaki saya tinggi, dia suruh saya ambil ubat diane 35 tetapi beli di luar sebab klinik belum ada stock ubat tu, bilakah masa yang saya boleh mula ambil ubat diane 35 tu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami di atas talian.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Pil hormon sememangnya merupakan salah satu rawatan pilihan yang boleh digunakan pada gangguan kitaran haid wanita. Namun, untuk mengetahui jumlah dos dan kaedah penggunaan pil hormon tersebut, adalah lebih baik anda berkonsultasi semula dengan doktor anda sebelum ini, kerana mereka lebih mengetahui kondisi kesihatan anda secara menyeluruh.
Selain itu anda perlu tahu bahawa kesan ubat (umumnya) sangat berbeza dari individu ke individu yang lain. Oleh itu setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus. Justeru walaupun kajian mendapati bahawa ubat-ubatan ini mempunyai manfaatnya yang spesifik, saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor secara langsung agar rawatan yang komprehensif dan berkesinambungan dapat diberikan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.