
Sulit
3 tahun
Kitaran haid dan tempoh kehamilan
Saya wanita berumur 22 tahun, saya nak tanya, contoh seseorang melakukan hubungan intim dengan pasangan pada tanggal 18/5. Lalu pada tanggal 21/5 wanita itu period. Adakah dia boleh hamil pada bulan 6 disebabkan hubungan intim yang dilakukan pada bulan 5 ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kekeliruan anda mengenai kemungkinan hamil selepas haid.
Untuk pengetahuan anda, sekiranya berlaku haid selepas melakukan hubungan intim, ia menjadi petanda yang jelas bahawa kehamilan tidak akan berlaku. Hal ini kerana apabila haid berlaku, lapisan dinding rahim akan luruh dan keluar darah sekaligus menidakkan implamitasi daripada berlaku.
Anda juga digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi