
Sulit
3 tahun
Kitaran haid, darah haid banyak, lendiran coklat
Saya seorang wanita berusia 23 tahun (belum berkahwin). Saya nak tanya beberapa soalan berkaitan haid saya.
- Kitaran haid saya adalah selama 15-18 hari, adakah ianya normal? Yang saya perasan, ianya berlaku apabila saya dah mula menjalani hectic month.
- Kemudian, pada bulan Mac, April & May 2021, darah period saya keluar selama 15-19 hari. Dan keadaan darah tu adalah ‘moderate amount’ sehingga hari ke-15. Simptom sebelum period memang selalu terjadi like backache, tender breasts & cramps.
- Saya juga pernah berhadapan dengan situasi keluarnya lendiran coklat dari faraj tetapi tidak sakit. Ianya juga tidak kerap berlaku.
Based on 3 situations, saya harap sangat dapat jawapannya. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengalami gejala haid berpanjangan. dan kami akan cuba untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda, tempoh darah haid normal adalah antara 2-7 hari. 15-18 hari haid dikira sebagai haid berpanjangan dan perkara ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Masalah tiroid
- Kanser rahim atau serviks
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
tempoh darah haid adalah normal jika berlaku antara 2-7 hari. Kesakitan ketika sebelum dan ketika menghadapi haid juga adalah normal.