
Anonymous
5 tahun
Kitaran Haid Dua kali
Kitaran haid saya untuk bulan ini bermula dari 5/7 hingga 10/7. Namun pada 17/7 saya datang haid buat kali kedua dan masih banyak seperti kali pertama. Adakah ini normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan pendarahan diantara dua kitaran haid boleh disebabkan:
- Ketumbuhan polip/fibroid pada rahim/serviks
- Pendarahan implantasi
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Luka pada serviks
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.