
Sulit
5 tahun
Kitaran haid normal atau tidak
Doktor, saya mengalami kitaran haid tidak menentu antara 21hari hingga 30hari. adakah ia normal? Selalunya saya period selana 4 hari. Harini adalah hari pertama saya period. Last saya period bulan lepas adalah pada 25april. Adakah ia normal atau saya perlu berjumpa doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 21-35 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Merujuk kepada penjelasan anda, kemungkinan besar jangka haid anda selama 4 hari adalah masih normal.
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Terima kasih.