
Sulit
3 tahun
Kitaran haid tak normal. efek makan postinor
saya ingin bertanya… selepas makan postinor, dalam masa sebulan macam tu rasanya, kitaran haid jadi lambat…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Gangguan hormon
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan terlalu rendah
- Fibroid dalam rahim
- Policystic Ovary Syndrome
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Kembali kepada pertanyaan anda, anda menyatakan bahawa anda telah mengambil pil perancang kehamilan. Pil perancang kehamilan tersebut juga boleh menimbulkan kesan sampingan haid anda menjadi tidak teratur.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan