
Sulit
4 tahun
Kitaran haid terlalu singkat
umur saya 20 thn, kitaran haid saya 2 bulan akhir ni hanya datang 3-4 hari sahaja. adakah itu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, kitaran haid seseorang yang normal adalah di antara 21 ke 34 hari dan tempoh aliran darah haid (bleeding) adalah antara dua ke tujuh hari. Ini adalah normal. Namun terdapat beberapa sebab mengapa kitaran dan aliran haid seseorang boleh berubah mengikut waktu-waktu tertentu seperti:
- Umur; kitaran haid adalah tidak menentu pada awal usia baligh, remaja dan ketika menghampiri menopaus
- Berat badan; berat badan berlebihan dapat mengubah dan membuatkan kitaran haid tidak menentu
- Jadual kerja dan aktiviti harian yang terlalu sibuk dan padat
- Emosi dan tekanan
- Sindrom polisistik ovari (Polycystic ovarian syndrome/PCOS)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah tersebut. Buat masa ini kami sarankan anda untuk merekodkan kitaran haid di dalam diari ataupun aplikasi di dalam telefon pintar anda untuk melihan bentuk kitarannya. Jika anda masih ragu-ragu berkenaan keadaan anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sekiranya anda masih mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.