ieylar.rahman
6 tahun
Kitaran haid tidak sekata dan kencing tidak lawas
Saya wanita berumur 22tahun dan belum berkahwin , saya mengalami kitaran haid tidak sekata dan pada hari period saya ke 3 saya mengalami masalah tidak dpt mengawal rasa ingin terkencing , pada mulanya saya ingatkan ianya adalah darah kotor yg keluar tetapi sebaliknya saya rupanya pass urine dalam kuantiti yg sedikit-sedikit dan terasa seperti ngilu sedikit . Then period saya hanya 4hari sahaja . Esoknya saya terpaksa menggunakan pad jugak disebabkan rasa ingin terkencing yg saya tak dpt nak kawal . Adakah saya mengalami urinary track infection (UTI) ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kitaran haid anda berada dalam kitaran normal kerana pendarahan haid adalah diantara 2-7 hari. Manakala masalah kencing yang anda hadapi boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran kencing
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya
- Fibroid yang membesar dan menekan pundi kencing
- Endometriosis - ketumbuhan sel lapisan dinding rahim di organ lain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































