Sulit
5 tahun
Kitaran haid tidak teratur, 3-4 bulan sekali
saya berumur 21 tahun. saya selalu ambil mudah tentang haid tetapi semenjak awal tahun 2020 sehingga harini, haid saya datang hanya 3 kali. sebelum2 ni juga haid datang 2-3 bulan sekali.
hari pertama haid darah yang keluar semestinya hitam pekat dan kelikatannya tidak seperti darah dan lebih kepada lumpur kering. hari seterusnya baru gradually bertukar kepada warna darah normal. dan hari yang heavy bleading juga sekejap dalam 4 hari mcm tu. selebihnya hanya calitan merah.
adakah ianya normal. keluarga saya tiada sejarah kencing manis tetapi saya berat berlebihan. akan tetapi kakak saya yang obesiti kitaran haidnya normal seperti wanita lain.
saya juga hampir terlupa bila kali terakhir kitaran haid saya normal atas sebab menganggap ini perkara mudah.
5 tahun
Salam sejahtera terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala haid tidak teratur ini selalunya merupakan perkara yang biasa dialami oleh segelintir wanita yang sihat, dan selalunya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon wanita yang mempengaruhi kitaran haid. Namun, ia juga menandakan sesuatu penyakit yang mungkin dialami sekiranya perkara tersebut berlarutan atau disampingi dengan simptom-simptom lain seperti sakit payudara, masalah kesuburan, sakit senggugut yang tidak berkait dengan kedatangan haid serta penurunan berat badan yang mendadak.
Terdapat beberapa penjelasan atau faktor dan penyakit yang boleh menjelaskan masalah anda iaitu:
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit.
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
Namun begitu, ini hanyalah keterngan am tentang masalah anda, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat dan sempurna
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!


























