
Sulit
4 tahun
Kitaran Haid tidak teratur dan berketul
Sya wanita berumur 23 tahun saya mengalami period tidak teratur , akhir sya period pada bulan 2 lalu dan skrg bru dtg balik pada 4/9 da harini merupakan hari ke5, dan darah period sya masih bnyak dan ad yg berketul seperti hati ayam adakah ianya normal mohon pencerahan😊

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai haid yang menjadi tidak teratur dan mempunyai ketulan daging bersama darah tersebut. Untuk makluman anda, gejala haid tidak teratur mungkin adalah perkara yang tidak perlu dibimbangkan kerana 50% segolongan wanita yang sihat mengalami haid tidak teratur sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.
Namun haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh beberapa penyakit yang serius sekiranya ia berpanjangan dan disampingi oleh simptom-simptom lain. Antaranya ialah:
- Ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan kuman pada rahim : disertai dengan lendiran berwarna kuning, kelabu atau coklat
- Penggunaan pil perancang atau alat kontraseptif
- Gangguan stress dan tekanan emosi
- Ketumbuhan polip atau fibroid
- Masalah ovari seperti ketumbuhan sista (PCOS)
- Kanser rahim atau ovari.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Mengenai ketulan darah tersebut, ia merupakan cebisan rahim yang dibuang ataupun darah beku yang bertakung daripada kitaran haid yang lepas. Kemungkinan darah beku tersebut bertakung daripada kitaran haid yang lepas tetapi tidak keluar, sehingga anda menyangkakan anda mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya:
- Masalah ini berlarutan dan semakin teruk
- Pendarahan yang sangat banyak
- Masalah buang air kecil
- Kegatalan pada kawasan kelamin
- Senggugut yang sangat sakit
- Keletihan dan tidak bermaya
- Keputihan yang aneh dan busuk.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!