
Anonymous
5 tahun
Kitaran haid tidak teratur (untuk yang belum berkahwin)
Saya wanita berumur 22 tahun (belum berkahwin). Saya nak tanya, bila kitaran haid tidak teratur akan berisiko mendapat sebarang penyakit yg merbahaya ke? Sebab saya ada baca artikel mengenai kanser servik & rahim…saya risau…huhu…First time period saya sewaktu saya berumur 11 tahun. Dan dalam sekitar umur 13 tahun kitaran period saya mula tak teratur (waktu ni selama 9 bulan saya tak period…dan lepas tu period saya datang dalam tempoh yang lama…agak2 dalam tempoh 3 minggu. Dan ada pergi klinik, rujuk doktor…tapi doktor cakap itu perkara biasa.hormon x stabil lagi.sebab saya aktif sukan waktu tu).sehingga la sekarang. Dan saya tak dapat nak agak/kira tempoh kitaran haid saya sendiri…huhu…seingat saya untuk tahun ini, 2019 period saya datang sekali sahaja…itu pon awal tahun hari tu…lepas tu dia tak mai dahh…huhu…
mohon penjelasan.
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.